3D Printing

Assalamualaikum,


Apa itu 3D printing?
Kebanyakkan kita mengetahui bahawa PC printer yang menggunakan kertas serta dakwat dikategorikan sebagai 2D printing. 3D printing adalah cetakan objek dalam bentuk solid iaitu kebanyakkannya dalam bentuk plastik. Pengguna perlu melukis objek dalam bentuk 3D menggunakan 3D software, dan boleh mencetak terus objek yang dilukis ke alam nyata.

Perkhidmatan 3D Printing di EE2U?
EE2U mempunyai sebuah mesin 3D printer kategori "Open Source" iaitu Prusa Mendel I3. Mesin ini berkebolehan mencetak secara 3D dengan ketepatan 0.4mm menggunakan plastik jenis PLA. Saiz maksima objek yang boleh dicetak berukuran 20cmx20cm. Kebanyakkan objek yang besar akan dipecahkan kepada beberapa bahagian dan dicetak berasingan.

Adakah EE2U menawarkan khidmat lukisan 3D?
EE2U juga memberi perkhidmatan untuk melukis objek anda dalam bentuk 3D dan mencetaknya kepada anda. Ini bergantung kepada tahap kerumitan objek yang hendak dilukis. EE2U menggunakan software "Blender" untuk melukis. Semua lukisan 3D akan di simpan dalam format .stl sebelum digunakan oleh mesin 3D.

Jika anda berminat, sila isi borang disini.

Contoh projek: SG90 Servo Bracket
Hasil 3D printing dari 3D drawing.

1 comment:

  1. nak tny..ade idea x mcm mna nak sambng sumthng or alat ke kreta..kira mcm enjin kreta xkan on klu x mnepati syart alat trsbut..trime kasih..

    ReplyDelete

Macam best ja!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...